Gerakan Kemaskini Daftar Keahlian
Assalamualaikum wrh. wbt. Sukacita diumumkan, bagi menyahut seruan pihak pengurusan GPTD pusat yang kini sedang mengemaskini daftar keahlian di peringkat pusat, GPTD Kelantan juga ingin menyusun dan mengemaskini keahlian peringkat negeri bagi membantu pihak pengurusan pusat dalam mengemaskini data keahlian. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon semua ahli GPTD Kelantan atau yang ingin menjadi ahli GPTD untuk mengemaskini butiran berikut dengan mengisi borang keahlian online di bawah :
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Email Address:
Alamat Blog (Jika ada) : nota: Tulis "TIADA" jika anda tidak memiliki blog

Gambar : Sila emelkan gambar berukuran pasport anda ke emel : gptdkelantan@gmail.com. 

Nombor Telefon:
Alamat perhubungan (untuk urusan surat-menyurat):
Institusi Pendidikan (beserta tahun dan bidang pengajian):
Pekerjaan (dan majikan) sekarang :

create web form
Adalah diharapkan agar Sdr. / Sdri. dapat mengemaskini maklumat di atas dengan secepat mungkin. Segala kerjasama amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. SEKRETARIAT GPTD Kelantan.

Sunday, February 8, 2009

Induksi GPTD Pusat 2009

Ampang, 8hb Februari 2009 - GPTD telah berkampung di Pusat Pembangunan Keluarga (FEDEC) Ampang selama 3 hari untuk melaksanakan induksi yang telah lama tertangguh atas pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah induk dapat dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan misi-misi dan program-program yang telah dirancang selama perkampungan itu.

Turut hadir pada induksi kali ini termasuklah wakil daripada Kelantan, Saudara Faizul Afzan merangkap GPTD Kelantan. Wakil daripada kampus juga turut memriahkan juga seperti Saudara Suhadak dari UNISEL merangkap pengerusi Kelab Ibnu Batutah, Saudari Aishah dari UNITEN dan Saudara Amirul dari Kolej Lagenda.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung ABIM, Dr. Amran Mohammad. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta induksi yang hadir.
(Read more inside ..)