Pada 21 Mac 2009, Ketua Penyelaras GPTD Kelantan mengiringi Pengerusi GPTD Pusat, saudara Juifitri membuat Ziarah tokoh (ZITO) bertemu Prof. Hj Noor Awang Hamat yang merupakan Profesor di UiTM Machang yang juga merupakan ahli veteren dalam Angkatan Belia Islam Malaysia.
From Grup Pengkaji Tamaddun Dunia | GPTD Cawangan Kelantan |
Turut sama dalam pertemuan ini ialah Amir PKPIM KUIS , saudara Shahiran. Pertemuan yang di adakan di Masjid Besar Machang ini menzahirkan satu perkongsian pengalaman prof. kepada kami sebagai golongan muda tentang kerja-kerja kesukarelaan. Pertemuan ini dibuat di Masjid besar memandangkan beliau bersama anaknya sedang mengadakan Program Motivasi Remaja yang dikendalikan anaknya, Zikrul Hakim.
Pertemuan ini membuahkan satu pengisian tentang pengalaman dan nasihat dari beliau supaya kerja-kerja kesukarelaan ini perlu di teruskan dan dimantapkan serta perlu diwarisi oleh generasi muda di masa akan datang.
p/s : Kehadiran Pengerusi GPTD (Sdr Jufitri) ke Kelantan juga sempena Bengkel T.O.T Briged Bakti Malaysia di Bukit Bakau ,Machang sebagai pemerhati memandangkan beliau merupakan Penolong Setiausaha Briged Bakti Malaysia.