Gerakan Kemaskini Daftar Keahlian
Assalamualaikum wrh. wbt. Sukacita diumumkan, bagi menyahut seruan pihak pengurusan GPTD pusat yang kini sedang mengemaskini daftar keahlian di peringkat pusat, GPTD Kelantan juga ingin menyusun dan mengemaskini keahlian peringkat negeri bagi membantu pihak pengurusan pusat dalam mengemaskini data keahlian. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon semua ahli GPTD Kelantan atau yang ingin menjadi ahli GPTD untuk mengemaskini butiran berikut dengan mengisi borang keahlian online di bawah :
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Email Address:
Alamat Blog (Jika ada) : nota: Tulis "TIADA" jika anda tidak memiliki blog

Gambar : Sila emelkan gambar berukuran pasport anda ke emel : gptdkelantan@gmail.com. 

Nombor Telefon:
Alamat perhubungan (untuk urusan surat-menyurat):
Institusi Pendidikan (beserta tahun dan bidang pengajian):
Pekerjaan (dan majikan) sekarang :

create web form
Adalah diharapkan agar Sdr. / Sdri. dapat mengemaskini maklumat di atas dengan secepat mungkin. Segala kerjasama amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. SEKRETARIAT GPTD Kelantan.

Monday, March 30, 2009

ZITO : Menziarahi Prof. Noor Awang Hamat


Pada 21 Mac 2009, Ketua Penyelaras GPTD Kelantan mengiringi Pengerusi GPTD Pusat, saudara Juifitri membuat Ziarah tokoh (ZITO) bertemu Prof. Hj Noor Awang Hamat yang merupakan Profesor di UiTM Machang yang juga merupakan ahli veteren dalam Angkatan Belia Islam Malaysia.
From Grup Pengkaji Tamaddun Dunia | GPTD Cawangan Kelantan

Turut sama dalam pertemuan ini ialah Amir PKPIM KUIS , saudara Shahiran. Pertemuan yang di adakan di Masjid Besar Machang ini menzahirkan satu perkongsian pengalaman prof. kepada kami sebagai golongan muda tentang kerja-kerja kesukarelaan. Pertemuan ini dibuat di Masjid besar memandangkan beliau bersama anaknya sedang mengadakan Program Motivasi Remaja yang dikendalikan anaknya, Zikrul Hakim.

Pertemuan ini membuahkan satu pengisian tentang pengalaman dan nasihat dari beliau supaya kerja-kerja kesukarelaan ini perlu di teruskan dan dimantapkan serta perlu diwarisi oleh generasi muda di masa akan datang.

p/s : Kehadiran Pengerusi GPTD (Sdr Jufitri) ke Kelantan juga sempena Bengkel T.O.T Briged Bakti Malaysia di Bukit Bakau ,Machang sebagai pemerhati memandangkan beliau merupakan Penolong Setiausaha Briged Bakti Malaysia.



1 comment:

Sahalfikri said...

sahabat, sampaikan salam abg kepada prof noor awang. abg belajar dgn prof undang2 syariah di UiTM Shah Alam dulu. dia masih ingat lagi kot kalau tgk muka. Ya Rabbi, keiclnya dunia.. terasa ingin sangat berjumpa dengan prof. tak tahu pun prof veteran ABIM..

subhanallah.. seronoknya bila tgk kalian bersama prof. harap2 dapat jumpa prof. ajakla prof ke guangzhou.. buat lawatan UiTM.