Gerakan Kemaskini Daftar Keahlian
Assalamualaikum wrh. wbt. Sukacita diumumkan, bagi menyahut seruan pihak pengurusan GPTD pusat yang kini sedang mengemaskini daftar keahlian di peringkat pusat, GPTD Kelantan juga ingin menyusun dan mengemaskini keahlian peringkat negeri bagi membantu pihak pengurusan pusat dalam mengemaskini data keahlian. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon semua ahli GPTD Kelantan atau yang ingin menjadi ahli GPTD untuk mengemaskini butiran berikut dengan mengisi borang keahlian online di bawah :
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Email Address:
Alamat Blog (Jika ada) : nota: Tulis "TIADA" jika anda tidak memiliki blog

Gambar : Sila emelkan gambar berukuran pasport anda ke emel : gptdkelantan@gmail.com. 

Nombor Telefon:
Alamat perhubungan (untuk urusan surat-menyurat):
Institusi Pendidikan (beserta tahun dan bidang pengajian):
Pekerjaan (dan majikan) sekarang :

create web form
Adalah diharapkan agar Sdr. / Sdri. dapat mengemaskini maklumat di atas dengan secepat mungkin. Segala kerjasama amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. SEKRETARIAT GPTD Kelantan.

Sunday, April 19, 2009

Program TV9 - BSPOT



Sebuah program bual bicara bertajuk 'B'SPOT! untuk generasi belia baru Malaysia akan bersiaran di TV 9 bermula 21 April 2009 bersamaan hari Selasa jam 10 malam.

Rancangan bual bicara ini akan memberi peluang kepada generasi belia baru untuk memberi pandangan serta pendapat berkaitan isu-isu nasional yang juga amat berkait rapat dengan generasi muda ini. Seorang selebriti akan menjadi hos dan bakal menjemput 2 hingga 4 orang untuk menjadi panel. Di akhir program ini penonton akan dipersembahkan dengan pelbagai persembahan yang menarik dari generasi belia baru ini.

Turut menbarisi panel dalam rancangan ini adalah Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Noryzal Zainal Abidin, Exco GPTD. Mereka berdua akan membincangkan tajuk, 1.) Kebebasan Bersuara; Demokrasi atau Hipokrasi dan 2.) Sistem Pendidikan Sudah Tidak Releven? dalam episod yang berlainan

No comments: